Showing posts with label palam. Show all posts
Showing posts with label palam. Show all posts

Wednesday, 4 September 2013

Pendaftaran Uitm Merbok,Kedah part 2

macam mana pengalaman orientasi MDS kat uitm puncak alam dulu?
well,
sangat tidak menyeronokkan!!
*ini overall punya pendapat. aku tak bagi details sngt*

ok mai nak cerita sikit k pengalaman orientasi a.k.a MDS(Minggu Destini Siswa) asasi aku,

dekat Uitm puncak alam
pelajar asasi (sains+engine) sangat lah ramai yg amat!
hampir 3k orang
so,
ada wave 1 and wave 2
wave 1 ramai budak engine and tempat MDS dekat Rafflesia
manakala wave 2 ramai budak sains, bertempat di Angsana

Wave 1 akan datang sehari lebih awal dari wave 2.
aku tergolong dalam kelompok wave 2 sbb aku asasi sains,
so, ramaaaaai ler perempuannn.

and the worst part is,
jumlah kami sangatlah ramai, ruang angsana agak kecik,
no air cond!!! (rafflesia pun tadak aircond)
sesak padat
and kena duduk. x dak kerusi bagai
duduk je kau senyap2 kat atas carpet tu.

                                                           amacam? photo from this blog

yang sangat menerokkan keadaan ialah pada makanan yg diberikan,
tempat makan berbeza-beza,kan jumlah ramai,so,berpecah-pecah ikut kumpulan kecil la pulak.
tempat makan aku semua jauh2!!
fuhhhhh,
yg paling tak tahan,
kami kena makan dalam masa 15 minit, 5 minit untuk pergi dan baik(tempat jauh yok. kena lari yok)
10 minit nak makan?
cari tempat nak duduk pun susah, nk beratur ambik makanan lagi, nak makan lagi. lol
makanan macam mana pulak?
well, alhamdulillah ada makanan
tapi
hmmmmmmmmm tak cedapnyeww
tak dak nikmat dah nak makan sbb kena tergesa gesa sana sini

solat pulak?
okay....
first, kena berebut ambik wudhu dalam toilet or paip kt luar angsana,BEREBUT okay!!!
solat di ruang yg kami duduk tadi,
bersesakan dan kepanasan tahap kura-kura berhibernasi *hyperbola ja*

semua taklimat memboringkan.
kcuali taklimat i-learn, mcm best jugak la.

then kami balik bilik dalam pukui 1 pagi mcm tu la
dari angsana nak ke block kediaman perempuan,
panjat bukit turun bukit naik lift naik tangga lah
dan perjalanan kami sangat jauhh yaw
bangun kena awal. AWAL!

okay sambung di part 3 untuk MDS uitm kedah~



Saturday, 25 May 2013

Tips Study Asasi/Matrikulasi Part 2

anda boleh membaca part 1 di SINI

contoh jadual:


ada tiga jenis cara/tempat belajar dekat asasi palam
  1. kuliah/syarahan/lecture. simbol untuk kuliah ialah [S] 
  2. laboratory/makmal. simbol untuk lab ialah [M]
  3. tutorial. simbol untuk tutorial [T]

1. kuliah-syarahan-lecture [S]

                                       dari kiri (hanilollystoberi,Miss Diva,shyagok,fasya) <3


                                                 

ini contoh dewan kuliah di palam.
DK bermaksud Dewan Kuliah

kalau di Fakulti Farmasi (FF),
Dewan Kuliah Farmasi = DKF __(number)

kalau di Fakulti Sains Kesihatan,
Dewan Kuliah Kesihatan = DKK __(number)

dalam satu dewan kuliah(lecture) akan dikongsi oleh 5 buah group
contoh : group G1,G2,G3,G4 dan G5
tempat ikut suka hati
sapa cepat, dia dapat
kerusi dlm dewan ni banyak.
semua org berpeluang untuk duduk
jangan risau :)

2. Makmal/Laboratory [M]

                                                    dalam lab chemistry

lab kat uitm palam ni memang perghhh...terbaik bro!
moden habisss
sejukk gitu
ada 3 subjek yang ada lab

untuk asasi sains :


  • lab bio
  • lab kimia
  • lab fizik
untuk engineer
  • lab kimia
  • lab fizik
  • makmal komputer
nanti korang akan pening,mual dan muntah nak siapkan lab report 
dalam seminggu, ada 2 buah lab report yg wajib disiapkan
carry mark pulak banyak ambil markah lab.
hati-hati!
makmal dan lab report ialah Lubuk Emas untuk budak2 asasi!!


3. Tutorial [T]



kelas tutorial ialah di Bilik Kuliah (BK) di Fakulti Sains Kesihatan (atau Bilik Tech di Fakulti Farmasi)
ianya hanyalah sebuah bilik, bukan dewan!
so, kecik je tempatnya
mcm bilik kelas sekolah rendah/menengah ja
tapi kerusi meja whiteboard sangat lah moden lagi terkini
x guna dah kayu kayan
skarang semua plastik
*kerusi plastik bilik tutorial agak bahaya, bnyak orang jatuh dah. hewhew

di tutorial class lah anda akan mendapat assngment[homework]. latih tubi yg diberi prlu disiapkan sebelum class tutorial start. 
kat tutorial class ni jugak lah anda akan menjalani pop quiz (markah untuk carry mark sikit je diambil dari quiz2 anda tp wajib score sbb quiz mudah2 ja)


Lubuk Emas untuk Carry Mark terdapat di Makmal dan Tutorial
pandai2 la score ye
carry mark 50%, final exam 50%

Tuesday, 7 May 2013

tasik or kolam basah di palam

kat palam ada 2 jenis kolam,
  1. kolam basah
  2. kolam kering
kolam ini dipanggil basah kerana ada air 
dan kolam kering kerana tidak ada air

kolam/tasik ni dalam uitm, 
tempat dia agak ke-dalam sedikit
bila datang je ke tempat ni,
ianya macam masuk ke dunia yg baru
macam ada 2 alam je kat palam ni.
tapi,
kita xkan nampak tasik tu senang2,
ada laluan ke sana
belakang fakulti je pun

                                                            pemandangan kolam/tasik 


                                                     pemandangan dari tasik/kolam ke fakulti


                                            tangan ini milik shya(my groupmate) tangkap anak ikan 


                                        ikan talapia dan ikan keli tersangat bnyak dlm kolam ni

                                             ni time sem 1. dari kiri, shya,aku,fasya,intan,ezra


sem 2, kami tgh buat assngment ecology ni


                                                                       hihi

Saturday, 13 October 2012

hala tuju selepas spm

Salam 1Malaysia kepada semua, hehe

untuk adik2 yg nak isi UPU tu,
mai baca 'article' ni dulu sbelum buat pilihan.

article ni sesuai untuk adik2 yang nak study dalam negara dan nak buat fast track untuk ke degree.
yang bercita-cita nak pi luar negara, baca lah dulu article ni. tak rugi pun baca. mana tau hati terbukak nak masuk asasi sains puncak alam  ni.



Asasi sains kat sini lebih kurang macam matrix dan pra-U/ form 6 la.
cumanya, asasi sains ni dkat UNIVERSITI,
manakala matrix dgn form 6 bukan di university.
asasi ni ada 2 sem jer
satu sem ada 5 bulan. (SEKEJAP SANGAT)

dengar macam best kan?
memang BEST pun!

mcm ni,
asasi sains kat sini ada 6 subjek iaitu MATHS,BIO,CHEM,PHYSIC, bel dan ctu
kenapa bel dan ctu tu huruf kecil? sebab, ianya mcm 'tak penting' tapi penting la jugak
bel untuk muet, ctu mcm tasawuf jer.senang je.

semua subjek ni wajib ambil,
tapi untuk dapat 4 flat, dia ambik 3 subjek ja untuk dikira dlm cgpa (maths wajib A 4 flat untuk dpt 4 flat)

so, adik2 yang tak suka physics,
adik2 boleh aim untuk chem dan bio untuk dapat A 4 flat,
tapi klau adik tak suka bio,
adik2 boleh study hard untuk chem dan physics 

if adik dpt A-4 flat untuk MATHS,chem dan bio (physics asalkan pass sudah)
adik akan dapat 4 flat secara keseluruhannya.
mcm tu la jugak klau adik dpt A-4 flat untuk MATHS,chem dan physics (bio pass)

for me,
ianya agak untung untuk masuk asasi sains palam ni,

antara sebabnya ialah :


  1. dapat gelaran mahasiswa/mahasiswi di "usia muda"
  2. dapat fasiliti yang modern,cantik,lawa,bagus, TERBAIK LAH
  3. dapat mendidik diri untuk jadi pelajar universiti di "usia muda"
  4. lecturer baik-baik belaka. tak garang langsung!
  5. agak bebas. tidak dikongkong lagi 
  6. klau nak outing, pi manaaa pun bolehhh
  7. kalau fail sem 1, anda terus ditawarkan diploma(at least anda tidak dibuang begitu saja)
  8. ada class-trip (boleh jalan2 dgn kawan2 dan mentor)
  9. banyak sngt kebaikannya :P
tapi, ada cons-nya iaitu:

  1. untuk sapa yang tak suka physics, ianya akan menjadi beban bila kena belajar physics kat sini (but worry not, klau dpt C physics tapi maths,bio,chem A-4flat, still boleh dpt 4 flat secara keseluruhannya)
  2. sapa2 yang anak manja,mmg susah la jugak untuk adapt awal2 masuk, but lepas tu mesti OK
  3. terlalu bebas (kena pandai jaga diri la ye)
  4. masa akan terasa terlalu singkat disini,mcm tak sempat belajar pun tup tup dah kena ambik final exam (tak ke haru) haha

cuba tengok bilangan pros & cons.
mana lebih banyak?
hehe.

itu je untuk post hari ni.
klau nak tanya apa2,
comment la ye