Showing posts with label foundation. Show all posts
Showing posts with label foundation. Show all posts

Monday, 20 May 2013

Dinner Asasi:benda paling Grand untuk budak2 asasi palam

benda ni sentiasa dinanti-nantikan
iaitu

                                       Grand Dinner Asasi

selalunya,
setiap batch akan ada dinner asasi (sains+engineering)
tapi batch korang tak tahu la nak buat ke tak
haha
Dinner ni selalunya buat time sem 2 (sem terakhir korang sebelum meninggalkan kenangan bersama kawan-kawan tersayang) auuwww sedihh habaq hang



tak diwajibkan pun untuk pergi
klau nak pergi, daftar and bayar
murah je. dalam beberapa puluh ringgit~

nanti ada tema baju untuk dinner ni
time batch kami, temanya ialah Bejewed and Charming
berlabuci bermanik habis perempuan2 asasi dan bertuxedo hensem semua lelaki2 asasi 
tempat dinner kami kat Shah Alam Convention Center


nanti ada pengangkutan disediakan iaitu bas 
kalau nak pergi sendiri pun boleh,
tapi kena sewa kereta lah
ajen2 sewa kereta berlambak lambak kat palam

nanti ada persembahan,cabutan bertuah.
lecturer korang pun ada jugak
memang best lahh!!


kenangan~~~









                                                           with my roomates. saya di tengah :)

Friday, 17 May 2013

Pengetahuan Am tentang Asasi Palam part 1

i'll tell you anything and everything(insyaAllah) you should know before you step in UiTM Puncak Alam~

tahniah buat adik2 yang berjaya mendapat tempat dalam asasi di puncak alam

untuk pengetahuan bersama,
mari saya ceritakan semua pengalaman dan pengetahuan saya about palam ni.


  • Puncak Alam=Palam. Palam merupakan singkatan kepada Puncak Alam
  • UiTM PALAM merupakan Uitm yang baru lagi moden! infrastruktur yang canggih lagi maju dan sngt cantik lagi lawa.
  • UiTM Palam ni masih dalam proses pembinaan fasa 3. tp bnyak dh yg siap dan bnyak jugak yg hampir siap)
  • terdapat 2 asasi di palam ini iaitu -Asasi Sains dan Asasi Engineering(kejuruteraan)
  • Asasi sains dimonopoli oleh PEREMPUAN manakala
  • Asasi Kejuruteraan dimonopoli oleh LELAKI
  • hampir kesemua lecturer sangatlah baik,bagus,prihatin,cekap,senang didekati,sporting.TERBAIK lah
  • block2 kediaman pelajar perempuan lebih bnyak dari lelaki 
  • RAFFLESIA-cafe rafflesia,block rafflesia, semuanya untuk perempuan (tp cafe rafflesia terbuka kepada lelaki dan perempuan)
  • ANGSANA-cafe angsana,block angsana. block kediaman Angsana 1untuk kakak2 degree manakala block angsana yg lain2 merupakan block lelaki (cafe angsana terbuka kepada dua2 jantina)
  • MDS merupakan minggu orientasi. M untuk minggu, D untuk Destini, S untuk Siswa
  • majoriti pelajar- 60%-70% PEREMPUAN DAN 40-30% LELAKI

nantikan sambungannya~~~

benda penting perlu dibawak di asasi uitm

kadang2 benda2 kecik bnyak orang terlepas pandang untuk bawak.
nnti dalam senarai yg perlu dibawak,
cuma ada keperluan asas je
keperluan terlebih asas diorang x bagitau sbb nnti x cukup page la pulak kan

ok,so,jadi
kat sini nak buat 'list mini' untuk keperluan yang perlu dibawa :)
dan benda2 ni agak wajib dibawa,
kat kedai minimart tadak juai
so, pandai2 la merancang
kalau setakat berus gigi dgn ubat gigi tu, berjuta-juta buah kt minimart

  1. charger phone (nanges korang klau terlupa benda ni)
  2. pendrive (nnti bnyak assngment dan gambar2 yg korang nk transfer)
  3. laptop dan charger laptop (tak bawak pun x pa, tp klau nak hidup lebih bermakna,bawaklah)(banyak ohh onlien assngment kena buat!!!)
  4. printer (yg ni 'harus' je, rmai je yg x bwk batch lepas,tp klau malas nk keluarkan beberapa sen atau ringgit,bawaklah)
  5. cadar dan sarung bantal (bwk yg 'single' tau! katil single je pun)
  6. selimut!! kdang2 palam membeku(hiperbola je ni)
  7. bantal-bantal busuk-teddy bear-anak patung (ikut suka lah,btw bantal disediakan tapi keras sikit,nak selesa,bwk bntal sendirik)
  8. cawan/gelas-pinggan/mangkuk (yang ni PENTING!, nnti klau kebulur malam2, boleh makan maggi)
  9. lampu study (x bawak pun xpa tp klau nk terang lagi benderang,bawak lah)
  10. pemanas air mini (lebih baik bawak,senang nak jerang air)
  11. seterika (klau x nak bwk, mybe boleh kongsi dgn roomate/housemate, tp klau diorang pun tak bawak??)
  12. mangga pintu ( beli yg sederhana/mini sudah la.at least 1)

and last but no least,
well, nak senangkan hidup, bawak lah. klau x nak bawak pun x pa.
kat bilik nnti, masing2 ada 1 soket ja (total 2 soket,tp satu untuk kita,satu untuk roomate kita,terpisah dgn jarak yg jauh)

cuba bayangkan,klau kita tengah guna seterika then battery phone nak habes,then kita nak jerang air buat meggi and  time tu jugak  roomate tgh guna soket dia dan battery hphone serta laptopnya juga kehabisan battery dan perlu dicas segera. mana cukup 2 soket untuk 2 orang. manusia x pernah cukup. bercelaru bukan?
bawak je extension wire ni, cucuk semua tempat, senang hidup.

Tuesday, 7 May 2013

matriks dengan asasi(foundation). mana nak pilih?



ok adik-adik

mesti tertanya-tanya mana satu nak pilih kalau dapat matriks dan juga asasi(foundation)

ingat! adik2 hanya dapat memilih satu sahaja antara matrix dan asasi

kalau nak di ikutkan,
lebih baik ambik asasi (kalau nak kehidupan yg lebih gah,bebas,hebat,bangga sbb asasi slalunya di universiti)

ok lah.
cuba nilai diri sendiri



  1. kalaulah adik  meniru masa spm, result okay (7-11 A ke atas), kadang-kadang buat homework, rasa kurang pandai tetapi adik tahu adik boleh berusaha dan tidak mudah berputus-asa (you have high or moderate self-confident & self-esteem),

---------->lebih baik masuk adik pilih untuk masuk asasi

tetaaapi,

     2. kalau adik  banyak meniru masa spm, result agak kurang memberangsangkan (antara 5-7 A), malas nak buat homework, rasa kurang pandai dan tidak productive,
---------->lebih baik adik berhijrah ke Matrikulasi

jangan risau,
dua2 ada KPT (biasiswa) untuk setiap sem

agak memeningkan bukan?

ok, apa kata sebelum tidur,
adik buat solat istikharah.
hihi