Friday 17 May 2013

benda penting perlu dibawak di asasi uitm

kadang2 benda2 kecik bnyak orang terlepas pandang untuk bawak.
nnti dalam senarai yg perlu dibawak,
cuma ada keperluan asas je
keperluan terlebih asas diorang x bagitau sbb nnti x cukup page la pulak kan

ok,so,jadi
kat sini nak buat 'list mini' untuk keperluan yang perlu dibawa :)
dan benda2 ni agak wajib dibawa,
kat kedai minimart tadak juai
so, pandai2 la merancang
kalau setakat berus gigi dgn ubat gigi tu, berjuta-juta buah kt minimart

  1. charger phone (nanges korang klau terlupa benda ni)
  2. pendrive (nnti bnyak assngment dan gambar2 yg korang nk transfer)
  3. laptop dan charger laptop (tak bawak pun x pa, tp klau nak hidup lebih bermakna,bawaklah)(banyak ohh onlien assngment kena buat!!!)
  4. printer (yg ni 'harus' je, rmai je yg x bwk batch lepas,tp klau malas nk keluarkan beberapa sen atau ringgit,bawaklah)
  5. cadar dan sarung bantal (bwk yg 'single' tau! katil single je pun)
  6. selimut!! kdang2 palam membeku(hiperbola je ni)
  7. bantal-bantal busuk-teddy bear-anak patung (ikut suka lah,btw bantal disediakan tapi keras sikit,nak selesa,bwk bntal sendirik)
  8. cawan/gelas-pinggan/mangkuk (yang ni PENTING!, nnti klau kebulur malam2, boleh makan maggi)
  9. lampu study (x bawak pun xpa tp klau nk terang lagi benderang,bawak lah)
  10. pemanas air mini (lebih baik bawak,senang nak jerang air)
  11. seterika (klau x nak bwk, mybe boleh kongsi dgn roomate/housemate, tp klau diorang pun tak bawak??)
  12. mangga pintu ( beli yg sederhana/mini sudah la.at least 1)

and last but no least,
well, nak senangkan hidup, bawak lah. klau x nak bawak pun x pa.
kat bilik nnti, masing2 ada 1 soket ja (total 2 soket,tp satu untuk kita,satu untuk roomate kita,terpisah dgn jarak yg jauh)

cuba bayangkan,klau kita tengah guna seterika then battery phone nak habes,then kita nak jerang air buat meggi and  time tu jugak  roomate tgh guna soket dia dan battery hphone serta laptopnya juga kehabisan battery dan perlu dicas segera. mana cukup 2 soket untuk 2 orang. manusia x pernah cukup. bercelaru bukan?
bawak je extension wire ni, cucuk semua tempat, senang hidup.

No comments:

Post a Comment