Tuesday 28 May 2013

not so "sarcastic"




  • kau x boleh cari barang yg kau hilang dalam facebook/ twitter

              barang kau yg hilang tu x boleh dijumpai di sini.
              alam maya hanyalah internet semata-mata. x de tempat penyimpanan barang kau.
              maybe anda boleh cuba cari dalam rumah/dalam kereta/dalam kabinet/dalam laci....?

Saturday 25 May 2013

short story yang akan buat semua perempuan sedih


Tips Study Asasi/Matrikulasi Part 2

anda boleh membaca part 1 di SINI

contoh jadual:


ada tiga jenis cara/tempat belajar dekat asasi palam
  1. kuliah/syarahan/lecture. simbol untuk kuliah ialah [S
  2. laboratory/makmal. simbol untuk lab ialah [M]
  3. tutorial. simbol untuk tutorial [T]

1. kuliah-syarahan-lecture [S]

                                       dari kiri (hanilollystoberi,Miss Diva,shyagok,fasya) <3


                                                 

ini contoh dewan kuliah di palam.
DK bermaksud Dewan Kuliah

kalau di Fakulti Farmasi (FF),
Dewan Kuliah Farmasi = DKF __(number)

kalau di Fakulti Sains Kesihatan,
Dewan Kuliah Kesihatan = DKK __(number)

dalam satu dewan kuliah(lecture) akan dikongsi oleh 5 buah group
contoh : group G1,G2,G3,G4 dan G5
tempat ikut suka hati
sapa cepat, dia dapat
kerusi dlm dewan ni banyak.
semua org berpeluang untuk duduk
jangan risau :)

2. Makmal/Laboratory [M]

                                                    dalam lab chemistry

lab kat uitm palam ni memang perghhh...terbaik bro!
moden habisss
sejukk gitu
ada 3 subjek yang ada lab

untuk asasi sains :


  • lab bio
  • lab kimia
  • lab fizik
untuk engineer
  • lab kimia
  • lab fizik
  • makmal komputer
nanti korang akan pening,mual dan muntah nak siapkan lab report 
dalam seminggu, ada 2 buah lab report yg wajib disiapkan
carry mark pulak banyak ambil markah lab.
hati-hati!
makmal dan lab report ialah Lubuk Emas untuk budak2 asasi!!


3. Tutorial [T]



kelas tutorial ialah di Bilik Kuliah (BK) di Fakulti Sains Kesihatan (atau Bilik Tech di Fakulti Farmasi)
ianya hanyalah sebuah bilik, bukan dewan!
so, kecik je tempatnya
mcm bilik kelas sekolah rendah/menengah ja
tapi kerusi meja whiteboard sangat lah moden lagi terkini
x guna dah kayu kayan
skarang semua plastik
*kerusi plastik bilik tutorial agak bahaya, bnyak orang jatuh dah. hewhew

di tutorial class lah anda akan mendapat assngment[homework]. latih tubi yg diberi prlu disiapkan sebelum class tutorial start. 
kat tutorial class ni jugak lah anda akan menjalani pop quiz (markah untuk carry mark sikit je diambil dari quiz2 anda tp wajib score sbb quiz mudah2 ja)


Lubuk Emas untuk Carry Mark terdapat di Makmal dan Tutorial
pandai2 la score ye
carry mark 50%, final exam 50%

Thursday 23 May 2013

Tips Study Asasi / Matrikulasi part 1




asasi/matrix/form 6 sekarang guna sistem semester
maksud di sini ialah, 
apa yg korang belajar pada sem 1,
x akan diulangi di sem 2
dan "4 flat" merupakan number/ayat yg akan sering anda dengar dan berharap


setiap sem ada final examination.
sem 1 punya final exam hanya cover untuk subjek2 dalam sem 1 sahaja.
di sem  2 pula, final exam sem 2 tidak masuk langsung pelajaran sem 1, ia hanyalah pembelajaran sem 2 sahaja.
which mean, apa yg korang belajar sem 1, boleh dilupakan selepas ambik final exam sem 1.
tapi, untuk kegemilangan kecemerlangan anda, jangan lah melupakan apa2 yg telah dibelajar.
ianya sedikit sebanyak akan digunakan dlm sem 2 dan kehidupan anda nnti.


untuk asasi palam ni, expecially asasi sains,
MATEMATIK sem 1 jangan lupa walaupun sedikit pun!
sebab matematik sem 2 akan apply sedikit sebanyak formula yg belajar di sem 1 

di sini saya tegaskan untuk adik2 yang bakal menjadi pelajar asasi palam supaya FOKUS MATEMATIK SEM 1 DAN JANGAN PERNAH LUPA SEDIKIT PUN APA2 YG DIPELAJARI DI SEM 1(terutamanya matematik!)

last but not least,
maths ialah penentu cgpa upu 
maths ialah subjek wajib dikira dalam pengiraan cgpa upu
so, maths untuk budak2 asasi ialah sangat compulsory,wajib,mesti,must! dan membunuh.
hewhewhew

Monday 20 May 2013

kemudahan di block kediaman anda-dobi

setiap block kediaman ada kemudahan dobi untuk insan2 yang malas nak basuh guna tangan.

bilik dobi ni ada kat tingkat 1, nnti cari la ye adik2!

adalah dlm 4-5 buah mesin basuh


kena cari masa yg sesuai untuk basuh baju kat dobi ni,(slalunya awal pagi atau lewat malam x da kesesakan traffic baldi)

sbb time hari minggu memang penuh la timba2 beratur panjang. (peak time ialah di hari minggu)

tips menggunakan dobi :


  1. bawak both syiling dan duit kertas not RM 1 secukupnya. separuh mesin basuh terima duit syiling,separuh lagi terima duit kertas.  (1 kali basuh, RM 2)
  2. kalau mesin basuh penuh, tinggalkan baldi anda berisi pakaian "in line"
  3. apabila pakaian sudah selamat dibasuh dalam mesin, tinggalkan baldi kosong anda! jangan bawak balik bilik,nnti klau tertidoq atau terlambat, pakaian anda akan diletakkan di lantai. padan muka haaaa!
  4. guna mesin basuh elok2. :P


                                                                       "censored" haha

gloomy day in Palam

scene dkat palam sentiasa cantik sbb banggunan dia yg baru dan moden dan keindahan landskap palam saangat soothing. cewahh

ni palam time nak hujan.



                                                                      ini  block Rafflesia 1 (R1)

Dinner Asasi:benda paling Grand untuk budak2 asasi palam

benda ni sentiasa dinanti-nantikan
iaitu

                                       Grand Dinner Asasi

selalunya,
setiap batch akan ada dinner asasi (sains+engineering)
tapi batch korang tak tahu la nak buat ke tak
haha
Dinner ni selalunya buat time sem 2 (sem terakhir korang sebelum meninggalkan kenangan bersama kawan-kawan tersayang) auuwww sedihh habaq hang



tak diwajibkan pun untuk pergi
klau nak pergi, daftar and bayar
murah je. dalam beberapa puluh ringgit~

nanti ada tema baju untuk dinner ni
time batch kami, temanya ialah Bejewed and Charming
berlabuci bermanik habis perempuan2 asasi dan bertuxedo hensem semua lelaki2 asasi 
tempat dinner kami kat Shah Alam Convention Center


nanti ada pengangkutan disediakan iaitu bas 
kalau nak pergi sendiri pun boleh,
tapi kena sewa kereta lah
ajen2 sewa kereta berlambak lambak kat palam

nanti ada persembahan,cabutan bertuah.
lecturer korang pun ada jugak
memang best lahh!!


kenangan~~~









                                                           with my roomates. saya di tengah :)

situasi di Palam

block kediaman kat palam ni memang di atas bukit yg sngt tingggi
ahaha
fakulti ada kt bawah sikit.
well, tengok lah tangga palam tu mcm mna..........goodluck la ye!
hahahahahaha (gelak kejam)

disebabkan lokasi block kediaman yg berada di atas bukit,
kadang2, kita akan duduk dalam awan

cuba tengok dan bandingkan gambar di bawah :

                                                                  sebelum dilitupi awan


                                                                   awan nano

                                                              ni bukan jerebu tau!!

rumah anda di Palam


ni contoh bilik di palam.
tapi, bukan semua bilik mcm ni,
ada yg locker kembaq dua, katil kembaq dua. tapi meja belajar sentiasa bersama-sama.
tengok lah lokasi bilik anda macam mana.
tp kebanyakan bilik mcm gambar di atas ni.



                                  pemandangan dari my bilik. yg under construction tu dh siap dh skrang

Saturday 18 May 2013

Petua-Petua duduk kat Palam (versi hantu)

wktu sem 1 dan sem 2 saya yang lalu,
cerita hantu kat palam x pernah sunyi.
even saya sendiri kena tindih dengan pontianak
dengar mcm menakutkan kan?
tp x la rasa takut sngt time tu
ntah kenapa...


antara petua-petua duduk kat Palam ialah:

  • hari pertama masuk bilik, at least bacalah doa

  • jangan dan elakkan dari bergelak ketawa,mengilai,menjerit dan lain2 yang bising pada bulan pertama atau kedua atau sampai habis asasi. awal2 masuk palam ni, buat la kelakuan baik. klau perangai buruk awal2,nnti jin-jin kat situ marah kang...mcm2 jadi kat korang. hahahaha

  • bawaklah surah yassin dan Al-Quran dan bacalah selalu.

  • pastikan dalam handfon ada ayat Qursi dan ayat2 Al-Quran yang lain. nnti kalau tiba2 anda terjaga terkejut daripada tidur pada wktu malam, bolehla bukak ayat2 Al-Quran tu untuk kurangkan ketakutan... (banyak kali jugak dengar budak2 palam kena tindih dengan hantu,including me lah)


  • jangan jalan sorang2 selepas pukul 2-5 pagi. seeloknya ajaklah kawan kalau nak keluar rumah. contoh mcm nak basuh baju kat dobi, jgn pergi sesorang klau dh larut malam pagi buta. tp kalau anda berani, boleh la prgi sesorang. kemungkinan untuk dikacau makluk halus cumalah 5% je. hahaa. tp kalau block kediaman anda ialah Rafflesia 3 (R3), mungkin 10-20% peratus untuk dikacau hantu :P

  • pukul 11 malam merupakan masa maximum untuk anda berada di luar block kediaman. anda 'diwajibkan' untuk balik ke bilik sebelum pukul 11 malam. (curfew time). nnti felo(warden) akan bgtau anda perkara ini. tapi,batch kami tak ikut pun peraturan ni.me,myself slalu balik bilik dlm pkul pukul 1 atau 2 pagi kalau ada study group atau siapkan assngment/lab report kat cafe/block kawan yg lain.


Friday 17 May 2013

Pengetahuan Am tentang Asasi Palam part 1

i'll tell you anything and everything(insyaAllah) you should know before you step in UiTM Puncak Alam~

tahniah buat adik2 yang berjaya mendapat tempat dalam asasi di puncak alam

untuk pengetahuan bersama,
mari saya ceritakan semua pengalaman dan pengetahuan saya about palam ni.


  • Puncak Alam=Palam. Palam merupakan singkatan kepada Puncak Alam
  • UiTM PALAM merupakan Uitm yang baru lagi moden! infrastruktur yang canggih lagi maju dan sngt cantik lagi lawa.
  • UiTM Palam ni masih dalam proses pembinaan fasa 3. tp bnyak dh yg siap dan bnyak jugak yg hampir siap)
  • terdapat 2 asasi di palam ini iaitu -Asasi Sains dan Asasi Engineering(kejuruteraan)
  • Asasi sains dimonopoli oleh PEREMPUAN manakala
  • Asasi Kejuruteraan dimonopoli oleh LELAKI
  • hampir kesemua lecturer sangatlah baik,bagus,prihatin,cekap,senang didekati,sporting.TERBAIK lah
  • block2 kediaman pelajar perempuan lebih bnyak dari lelaki 
  • RAFFLESIA-cafe rafflesia,block rafflesia, semuanya untuk perempuan (tp cafe rafflesia terbuka kepada lelaki dan perempuan)
  • ANGSANA-cafe angsana,block angsana. block kediaman Angsana 1untuk kakak2 degree manakala block angsana yg lain2 merupakan block lelaki (cafe angsana terbuka kepada dua2 jantina)
  • MDS merupakan minggu orientasi. M untuk minggu, D untuk Destini, S untuk Siswa
  • majoriti pelajar- 60%-70% PEREMPUAN DAN 40-30% LELAKI

nantikan sambungannya~~~

benda penting perlu dibawak di asasi uitm

kadang2 benda2 kecik bnyak orang terlepas pandang untuk bawak.
nnti dalam senarai yg perlu dibawak,
cuma ada keperluan asas je
keperluan terlebih asas diorang x bagitau sbb nnti x cukup page la pulak kan

ok,so,jadi
kat sini nak buat 'list mini' untuk keperluan yang perlu dibawa :)
dan benda2 ni agak wajib dibawa,
kat kedai minimart tadak juai
so, pandai2 la merancang
kalau setakat berus gigi dgn ubat gigi tu, berjuta-juta buah kt minimart

  1. charger phone (nanges korang klau terlupa benda ni)
  2. pendrive (nnti bnyak assngment dan gambar2 yg korang nk transfer)
  3. laptop dan charger laptop (tak bawak pun x pa, tp klau nak hidup lebih bermakna,bawaklah)(banyak ohh onlien assngment kena buat!!!)
  4. printer (yg ni 'harus' je, rmai je yg x bwk batch lepas,tp klau malas nk keluarkan beberapa sen atau ringgit,bawaklah)
  5. cadar dan sarung bantal (bwk yg 'single' tau! katil single je pun)
  6. selimut!! kdang2 palam membeku(hiperbola je ni)
  7. bantal-bantal busuk-teddy bear-anak patung (ikut suka lah,btw bantal disediakan tapi keras sikit,nak selesa,bwk bntal sendirik)
  8. cawan/gelas-pinggan/mangkuk (yang ni PENTING!, nnti klau kebulur malam2, boleh makan maggi)
  9. lampu study (x bawak pun xpa tp klau nk terang lagi benderang,bawak lah)
  10. pemanas air mini (lebih baik bawak,senang nak jerang air)
  11. seterika (klau x nak bwk, mybe boleh kongsi dgn roomate/housemate, tp klau diorang pun tak bawak??)
  12. mangga pintu ( beli yg sederhana/mini sudah la.at least 1)

and last but no least,
well, nak senangkan hidup, bawak lah. klau x nak bawak pun x pa.
kat bilik nnti, masing2 ada 1 soket ja (total 2 soket,tp satu untuk kita,satu untuk roomate kita,terpisah dgn jarak yg jauh)

cuba bayangkan,klau kita tengah guna seterika then battery phone nak habes,then kita nak jerang air buat meggi and  time tu jugak  roomate tgh guna soket dia dan battery hphone serta laptopnya juga kehabisan battery dan perlu dicas segera. mana cukup 2 soket untuk 2 orang. manusia x pernah cukup. bercelaru bukan?
bawak je extension wire ni, cucuk semua tempat, senang hidup.

Friday 10 May 2013

apa rahsia kejayaan cina?

semua ada dalam buku ni

nnti apa2 yg menarik,
saya tulis dalam post yang lain~
nantikan
cewahhhh :P

macam mana nak kawal hati dan otak? part 1

nanti saya tulis
dah pkul 12.36 dah ni
ngantuk la.
nantikan part 2 yaww :P

Wednesday 8 May 2013

Result asasi

esok, 9 mei 2013
keluarlah result asasi sains puncak alam saya.
wish me luck :D

Tuesday 7 May 2013

movies yang best,menarik,awesome




sumpah best! try la tengok

matriks dengan asasi(foundation). mana nak pilih?



ok adik-adik

mesti tertanya-tanya mana satu nak pilih kalau dapat matriks dan juga asasi(foundation)

ingat! adik2 hanya dapat memilih satu sahaja antara matrix dan asasi

kalau nak di ikutkan,
lebih baik ambik asasi (kalau nak kehidupan yg lebih gah,bebas,hebat,bangga sbb asasi slalunya di universiti)

ok lah.
cuba nilai diri sendiri



  1. kalaulah adik  meniru masa spm, result okay (7-11 A ke atas), kadang-kadang buat homework, rasa kurang pandai tetapi adik tahu adik boleh berusaha dan tidak mudah berputus-asa (you have high or moderate self-confident & self-esteem),

---------->lebih baik masuk adik pilih untuk masuk asasi

tetaaapi,

     2. kalau adik  banyak meniru masa spm, result agak kurang memberangsangkan (antara 5-7 A), malas nak buat homework, rasa kurang pandai dan tidak productive,
---------->lebih baik adik berhijrah ke Matrikulasi

jangan risau,
dua2 ada KPT (biasiswa) untuk setiap sem

agak memeningkan bukan?

ok, apa kata sebelum tidur,
adik buat solat istikharah.
hihi

who am i?




nama saya ialah -----rahsia----maaf
nickname saya ialah hani/ melissa
saja bagi nickname yg jauh tersimpang dari nama sebenar.

live in kedah

ex-student asasi sains puncak alam

pengguna setia SONY/SONY ERICSSON

obses dengan kucing dan kapal terbang

semestinya single. #bangga kot

ada fesbuk,twitta,insta,wasap dan WeChat

x ada kakak abang adik

apa lagi ye?

masih berusaha untuk menjadi insan yg kamil. hahaha

tasik or kolam basah di palam

kat palam ada 2 jenis kolam,
  1. kolam basah
  2. kolam kering
kolam ini dipanggil basah kerana ada air 
dan kolam kering kerana tidak ada air

kolam/tasik ni dalam uitm, 
tempat dia agak ke-dalam sedikit
bila datang je ke tempat ni,
ianya macam masuk ke dunia yg baru
macam ada 2 alam je kat palam ni.
tapi,
kita xkan nampak tasik tu senang2,
ada laluan ke sana
belakang fakulti je pun

                                                            pemandangan kolam/tasik 


                                                     pemandangan dari tasik/kolam ke fakulti


                                            tangan ini milik shya(my groupmate) tangkap anak ikan 


                                        ikan talapia dan ikan keli tersangat bnyak dlm kolam ni

                                             ni time sem 1. dari kiri, shya,aku,fasya,intan,ezra


sem 2, kami tgh buat assngment ecology ni


                                                                       hihi

apa perlu buat bila sedih? part 1

nak happy dengan pantas?


bukak youtube


  1. cari matluthfi90 bukak lah mana2 video. contoh : drama-drama sebelum kahwin , new album (click je kat situ)
  2. cari NigaHiga kat sini bnyak video lawak. contoh : Most Annoying People On The Internet 
  3. cari Smosh kat sini gila2 lawak lah. contoh : sleeping pill disaster
nak yang paling lawak?

ok, click ewanthug , contoh video paling sangat terlawak ialah Gaduh Dalam Kereta , Gila Berak dan banyak lagi. 

cari la ye~~

ASASI PALAM-tangga kejayaan

terletak di selangor, Puncak Alam nama tempatnya


yg macam 'transformers' ni ialah tangga palam.
nicknamenya sngt banyak
antaranya ialah :

  • tangga kejayaan
  • tangga batu caves
  • tangga maut
  • tangga neraka
  • tangga harapan
  • tangga ilmu
  • tangga kuat
dan tangga batu

nampak je mcm gerun, tapi bila naik,
sampailah jugak ke-atas
bnyak pit stop, jangan risau

yg block kediaman kat atas tu, block perempuan. R4 kot klau x silap (paling strategik)